nadalakhir76@gmail.com

Friday, 19 August 2016

Percutian hujung minggu di Kuching :)

Trip ke Kuching ni da plan since bln Feb 2016 lagi ie sejak pembelian tiket Rayani Air. Namun, disebabkan isu Rayani Air (korg pun tau kan), aku ingatkan trip ni cancel. Thanks to opismate ku abg nizam yang beria-ria menjadikan trip ini satu kenyataan. Daripada Rayani Air, we all switch to MAS & Malindo utk return tix kami. Kami include: Abg nizam, ezwan, kak nurul, ina, aku, ishi, joan, azham dan chalie. Asalnya plan aku nk teman opismate aku ina ngan chalie run untuk Kuching Marathon 2016. Tapi abg nizam ni beria-ria nak ikut. Mentang-mentang si ina ada sekali. Mmg x boleh dipisahkan betul la abg dan adik ni. Hehehe.Lepas return tix confirm, abg nizam telah mengamanahkan aku mencari kereta sewa di Kuching. Based on pengalaman kereta sewa kt Langkawi, aku applykn untuk trip ke Kuching . Sebelum tu, sempat google few blog yang citer psl trip ke Kuching. Dalam blog diorg, diorg includekan juga no. keta sewa. Dalam sehari mcm tu, aku dapat 3 no. keta sewa  kt Kuching. First no. aku wassap tanye pasal keta sewa x reply text aku. Malas nak tunggu reply yang aku x pasti bila, aku try wassap satu lagi no. No. ni pun aku dapat daripada 1 blog ni. The way blogger tu menulis macam confident je die mencadangkan pembaca die if g Kuching, amekla perkhidmatan kereta sewa daripada encik ini.Entry pasal keta sewa murah di Kuching aku ade post disini. Lepas settle semua hal keta sewa, hari yang dinantikan pun tiba :) :) :)

12.8.2016-Jumaat

Flight kami pada hr jumaat @ 12.8.2016 tu kol 10.00 malam. Jumaat hari tu aku masih keja lagi. Tepat kol 5, aku chow. Plan adik aku nk hntr ke KLIA. Aku ni sbnrnya masih trauma bila drive g KLIA if ada flight nk kejar. Bkn apa, 2-3 tahun lepas g KK almost missed the flight becoz of traffic jam @ Jalan Tun Razak. Tapi adik aku berjaya meyakinkan aku in shaa allah sempat katenya utk aku sampai ke KLIA. Dalam kol 6.30 mcm tu aku gerak dr rumah. Adik lelaki aku Shaiful dan Ahmad yang hntr. Becoz kami dr Bukit Antarabangsa, so laluan kami utk ke KLIA will be dr MRR2, naik AKLEH, masuk Jalan Tun Razak, naik MEX & Guthrie. Seperti yang dijangka, Jalan Tun Razak jem. Tapi, slow2 kami gerak sampai MEX. Alhamdullillah bila naik je MEX, traffic smooth. Syukur. Adik aku apa lagi pecutla kt MEX dan Guthrie. So far dalam 8 lebih aku selamat sampai di KLIA. Thanks bro sbb hantar sampai KLIA. :) Abg nizam, ina, nurul, joan dan ishi x sampai lagi. Ina naik ERL. Manakala abg nizam, joan, nurul ngn ishi amek bas dari KL Sentral. Sambil tgu, aku pun check in. Tgh2 menunggu giliran untuk check in, mereka pun sampai. Settle hal check in, ishi cakap die lapar. Kitorg pun decide mkn McD je utk alas perut. Lepas makan, terus masuk untuk pemeriksaan imigresen. Sbb masa tu da kol 9 lebih. Siang td Cikgu Halid, owner keta sewa kt Kuching ada text suruh inform die bila da nak naik flight. So, aku pun text cikgu inform yg aku da nak naik flight. Cikgu noted text aku dan cikgu ucapkan selamat jalan dan selamat sampai. Thank u cikgu! So sweet & thoughtful of u. In shaa Allah...Sebelum take off sempat baca doa etc. Ya Allah, Kau peliharala perjalanan kami sehingga selamat tiba ke destinasi. Amin.....

13.8.2016-Sabtu-12.00 malam

Flight ke Kuching mengambil masa 1 jam 45 minit. Aku duduk dengan kak nurul dan joan. Ina ngn ishi plak duduk berdua. Manakala abg nizam seat die dekat biz class. Disebabkan kami naik MAS, adelah meal yg disediakn. Tetiba plak lapar. So antara pilihan menu Chic Murtabak / Nasi Goreng, aku pilih nasi goreng. Sedap gak. Lepas mkn, aku rilekskan diri dengan bahan bacaan dalam flight. Nak tido mata x ngantuk. So, layan je la bahan bacaan yg ada dalam flight tu. After 1 jam 45 minit, flight pun tiba di Kuching. Patut ikut schedule kol 12 malam kami sampai. Tapi kol 12.08 pagi baru mendarat di airport Kuching.Sampai je terus on phone. Takut2 ade text dari cikgu. Rupenya masa off phone cikgu ade text bg tau kol 10.34 mlm cikgu da gerak ke airport dan kol 11.54 mlm cikgu da sampai di airport. So, aku terus reply text cikgu bg tau yg aku baru je landing. Cikgu reply bagi tau yg die tunggu di pintu 3. Aku noted. Lepas settle imigresen dan amek luggage, kitorg pun keluar dan menuju terus ke pintu 3. Aku call cikgu. Memula x angkat. Aku try call lagi. Cikgu angkat dan aku tanye cikgu kat mana. Kami da sampai. Then aku nmpak org lambai2 dr kejauhan. Confirmla cikgu tu. Then aku pun approach cikgu. Cikgu da ready dgn alza kami. Jujur aku katekan bila cikgu bg tau nama die cikgu halid, expectation aku mestlah cikgu ni mcm bapa2 kite. Sekali jumpa...Sejuk je mata memandang. Hehehe. Sebelum serah keta, cikgu mtk ic dan lesen memandu. Procedure biase. Aku pun bagi ic dan lesen aku. Balance alza abg nizam byr. kepada cikgu. TQVM abg...Lepas loading luggage, kitorang pun bergerak ke tempat penginapan kami iaitu Citadines. Pakai uncle WAZE je. Senang je cr hotel kitorg ni.  Bro, azham ngn chali da tgu kami kat hotel.Mereka da sampai kol 8.00 pm td. Abg nizam settlekan hal check in hotel. Da settle semua, kitorg gerak ke bilik
lobi citadine
Aku seblik ngan chalie dan ina. Dalam bilik kami, ade dua je katil bujang. Ina ngan chalie da amek. Aku ckp okla aku tido kat sofa ruang tamu je la. Mcm selesa gak. The, ina ngan chalie bg idea combine dua katil bujang jadi satu. So, instead tido kt sofa, dapatla aku tido kt katil dengan chalie ngan ina. Lepas letak brg dalam almari, tukar baju tido, aku pun terus landing kt katil sampai pagi. ZZzzzzzz..., Aku belanja sikit gmbr hotel/service apartment kitorg kat Citadine.







13.8.2016-Sabtu-7.30am

Pasar Serikin
Pagi ni bangun siap2 terus trun breakfast. Aku mkn simple je. Takut sakit perut. Hari ni the whole day kitorg nk g jenjalan. Lps breakfast, aku, ishi, abg nizam joan ngan kak nurul terus gerak ke Pasar Sarikin. Ina, chalie, azham ngan bro plak g Kampung Budaya. So, 2 grup bawa haluan masing2. Berpandukan uncle WAZE, kami pun memulakan perjalanan ke sarikin. Hari ini cuaca baik. Sebelum tu kami g isi minyak dulu. Perjalanan ke sarikin mengambil masa lebih kurang satu jam lebih. Ini first trip aku ke Sarikin. 5 tahun belajar kat swk sblm ni x pena aku g sini. Quite excited actually. Kami sampai di sarikin dalam kol 9 lebih. Cuaca da nak stat panas masa tu,  Banyak deretan kedai kiri dan kanan menjual pelbagai hasil kraf, kain batik, songket bermotifkan borneo, buah-buahan, periuk belanga etc. Bestnye..Harga pun berpatutan. Bolehlah tawar-menawar kat sini. .Deretan kedai kiri dan kanan tu agak jauh sbnrnya. Kami pun halfway je jalan. X larat. Cuaca pun panas. Dinasihatkan kalo datang ke Pasar Serikin, bawaklah payung atau pakaila topi etc. Aku sempat beli kain batik untuk mak, 3 songket utk angah, nur dan mus, 2 tshirt sarawak untuk popo dan ahmad manakala untuk aku: kain hitam putih 2 meter bermotifkan pua kumbu. Da lama nak beli kain bermotifkan borneo. Bolehlah melaram g Mahkamah nanti. hehehe.

Kopi o Corner
Xtvt kami di pasar serikin habis dalam thari. Terus abg nizam suruh aku cari tempat makan best utk  lunch. Google2 aku cadangkan kami g kopi o corner kat satok. Based on review, quite ok tempatnya. Hopefully la....Perjalanan kami ke kopi o corner guided by uncle WAZE. Senang nak cr jgk kedai ni. Menu lunch aku thari ni: mi kolok. X sah kalo aku dtg kch x mkn mi kolok. x kn nak makn nasi campur kot. Kt kl pun boleh mkn. Lps lunch kami meneruskan perjalanan kami ke...

Muzium Kucing @ Cat Museum
Salah satu tempat aku nk g bila g kuching ialah nk menjelajah muzium2 yg ade di sini. Muzium Kucing terletak di HQ DBKU kat Petrajaya. Muzium ni kt atas bukit. Masa sampai tgk mcm x de pengunjung je. Sekali masuk kt entrance, penuh dengan pelajar2 sekolah. hehehe. Riuh rendah jadinya. Tiada entrance fee dikenakan. Cuma byrn utk penggunaan kamera shj. Byk sgt koleksi  dan info berkenaan meow2 ade kt sini.
Souvenir pun cantik2 dan comel2. Jadi, aku grab satu souvenir utk gin, my friend. Hope he like it :)

Mira Cake House & Kek Lapis Dayang Salhah

Dari Muzium Kucing, kitorg gerak g Waterfront. Mase tu dalam kol 4 lebih. Cadngannye nak g beli kek lapis. Abg nizam beria2 ajak naik perahu penambang/bot penambang kat Waterfront tu utk g kedai kek lapis. Aku pun x pena naik lagi. x pe la. Boleh gak cube walau dlm hati tu cuak. Huhuhu. Tambang perahu/bot penambang ni dalam 50 sen/RM1 mcm tu. Murah jugak. Memula naik tu gegar2 dan ketar juga lutut ni. Ye la mane tau kite ni berat ke ape. Hahaha. Tapi bila da duduk tu ok je. X sampai 5 minit pun nak ke seberang tu aka Kampung Gersik dimana terletaknya Mira Cake House dan Kek lapis Dayang Salhah. Kedai petama kitorg tuju ialah Mira Cake House. Mmg turun perahu tu tu la kedai pertama yang korg akan nmpak. Strategik tempat. Tepi jalan je. Ishi, joan, nurul & abg nizam mencube tester kek lapis kat situ. Da lepas try, diorg ckp nk try kat Dayang Salhah plak. Tapi tinjau punyer tinjau kitorg x nmpak pun kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu. Abg nizam pun tanye sorg encik ni. Die pun tunjukkan. Rupenya kedai tu kat belakang masjid warna hijau. Kitorg pun berjalan di belakang2 rumah org. X sampai 5 minit pun sampai. Kat Dayang Salhah ni kite kene bukak kasut sebelum masuk. Mcm kite masuk rumah. Pendekatan mcm kite g rumah org dan kite tetamu. Sebelum masuk. sticker akn ditampal di lengan kite.Untuk rase tester kek lapis, konsepnye tester tu akan diletakkan dlm bekas mcm kuih raya atas meja dan kite duduk di sofa/kerusi mcm kt ruang tamu rumah kite dan enjoyla tester kek lapis yg bermacam jenis tu. Mcm nk gile jugak kitorg rase tester tu. Ni sesi merase ke sesi melantak ni? Hehehe. Last2 kitorg decide beli kek lapis kat Dayang Salhah sbb sesuai dengan selera tekak kitorg. Adalah dalam 10 batang kek lapis aku borong kat sini. Tuan punye kedai siap packing sekali kek tu supaya senang nak bwk naik flight nnt. Kebetulan depan kedai Dayang Salhah ade gerai jual ikan terubuk masin. Joan & nurul tgh sibuk memborong ikan terubuk masin. Aku plak kepenatan tgh duduk borak2 dengan staf kedai kat bangku. Masenye ni la nk polish bahasa sarawak aku. So far so good! Mungkin da rezeki kitorg, abg nizam ckp die belanja ikan terubuk masin tu. Terima kasih abg. Semoga murah rezeki. Selesai sudah sesi memborong kek dan ikan terubuk masin...
nampak x sticker kat lengan tu?


Topspot Food Court

Malam tu dinner kitorg kat Top Spot. Sblm ni aku pena dengar nama tempat ni cuma x berkesempatan untuk pegi je. Top spot terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching. Dan berada dalam parking lot bangunan. Kebanyakan gerai-gerai yang ade di Top Spot Food Court ni offer seafood. Masa kami sampai dalam kol 8 lebih pelanggan mmg da ramai. Tapi still ada tempat lagi, Antara menu wajib yang diorder oleh kami as suggested by our sarawakian fren ialah umai + sayur midin. Mmg fav aku la dua dishes ni. Yum2. The rest tu biase2 je macm ikan, sotong udang etc. After dinner, we were heading back to our hotel...

14.8.2016-Ahad-6.30am

Pagi pagi ni ina, chalie, azham, ngan bro da keluar untuk kuching marathon. Aku tersedar dalam kol 3/4 pagi mereka da gerak. Pagi ni awal sikit aku bangun berbanding semalam. Lepas breakfast dengan nurul, joan, ishi, n abg nizam, aku dan joan singgah kolam renang. Aktiviti utama  kami pagi tu ialah untuk berenang Lepas mandi kitorng naik ke blik, segarkan badan dan ready untuk berkemas. Ketua rombongan awal2 da pesan kol 12 tepat kitorg da kene check out. By 12 noon, kami pun checkout. Bye citadine...Jumpa lagi...

Memandangkan da tengahari masa kitorg check out, kitorgterus menuju ke bandaraya kuching untuk lunch. Tempat ni suggested by bro. X ingat la aku nama kedai. Tapi makanan dan harga bole tahan.

After lunch , kitorg pergi Kampung Gersik semula. This time around x naik perahu tambang . Kami drive ke sana. Menemankan ina ngan chalie beli kek lapis. Lepas abis memborong, kitorg singgah waterfront untuk shopping souvenir di kedai-kedai berhadapan waterfront. Sempatlah beli fridge magnet, kain, dan tshirt kuching untuk opis mates, besties dan anak2 sedara aku kt umah tu.

Pukul 5 kami da gerak dari waterfront ke airport. Thari tadi cikgu halid ade text tanye pukul brp petang ni kami akan ke airport. Aku janji dengan cikgu dalam pukul 6. By 5.30pm kami da sampai airport. Aku ngan ishi tgu kat kereta sampai cikgu sampai. Sbb cikgu ade pesan jgn tinggalkan kereta. Lepas settle urusan pulang balik kereta, kami terus check in dan tgu je flight balik kl malam ni...

;) :) :) Even trip ke Kuching ni terlampau la singkat, terubat jugak rindu aku kat Kuching. Entah bila lagi bole sampai agaknye...Sampai jumpa lagi Kuching...Gud nite :)

medal 10km marathon yang ina dapat

calssicnye bergambar kt cat statue

:) :) :)


Souvenir ina bagi sbb teman ke KCH



p/s: I miss Kuching already :(

No comments:

Post a Comment